Jangan Salahkan Colgate

Asal je nama kampung, Semua orang tahu, ape ada di  dalam sesebuah kampung. Mesti kau orang semua terbayang sawah padi, bukit bukau, kebun getah, ternakan haiwan seperti lembu, kerbau yang sedang berkubang dalam lumpur.Pasti jugak ada yang terbayang dusun-dusun yang penuh dengan buah-buahan tempatan. Hahah... Bagi aku, semua itu adalah biasa, bukan nak berlagak, tapi cuma nak bagitahu.Kehidupan di kampung memang berbeza seperti di bandar-bandar besar, contohnya KL.Kau orang semua tahu ape yang ada di bandar, dan ape yang tak ada di kampung.
Kali ini aku nak berkongsi dengan semua, tentang cara hidup orang di kampung aku, atau pun lebih di erti katakan perbezaan perfahaman dalam sesuatu perkara, yang pasti korang semua pasti akan tergelak, kalau ada yang faham, senyum-senyum dahla...Korang semua dapat tengok gambar kat sebelah tu...orang kampung sedang tanam anak benih padi di sawah (Bendang). Aku dulu pernah merasai saat ini, sewaktu umur aku baru 9tahun, tolong mak ayah aku tampi padi,jerami-jerami padi aku timbun-timbun banyak, dan terus aku bakar.Dulu aku punyai seorang kawan. Namanya Cidok, cidok merupakan satu nama yang unik, tak pernah orang lain pakai.Aku just nak bagitau je kawan aku, tapi aku bukan nak cerita pasal dia.Dia bukan penting pun dalam ini cerita.Jauh pai dari panggang.Yang aku nak cerita kali ini, adalah pasal ubat gigi.Korang semua tahu, ubat gigi merupakan satu ubat yang perlu dititik beratkan dalam penjagaan kesihatan samaada ubat gig tu dijadikan untuk matikan ketuat (Ketumbuhan pada kulit) haha.. pasti korang tahu, yang tak tahu buat tak tahu je... Waktu aku kecil dulu, tak tahu ape itu sebenarnya "Colgate", yang aku tahu, colgate tu digunakan semasa menggosok gigi pabila bangun tidur, sebelum pergi ke sekolah.Bagi aku colgate merupakan satu jenama yang mampu memberi satu kesan yang hebat kepada orang kampung, teruma budak macam aku sewaktu kecil yang baru mengenal dunia "Ubat Gigi". Majoriti , rata-rata orang kampung aku tahu Colgate adalah ubat gigi.Kalau mahu ke kedai atau memesan ubat gig, pasti akan sebut colgate, sebenarnya colgate adalah sekadar jenama saje, bukan colgate tu satu keperluan, maksud aku benda yang tak ada barang lain dapat digunapakai perkataannya, sedanglkan ubat gigi di pasaran memang banyak, tetapi orang kampung aku tetap jadikan jenama "Colgate" sebagai nama umum bagi ubat gigi.

" Cah, mu gi beli colgate jap,kat kedei Man" Kata mak Kiah pada anaknya Cah.Anaknya pun teruslah mengayuh basikal mini ke kedai.Sekepulangan anaknya si Cah ni dari kedai di sambut dengan penuh senyuman, kelihatan Mak Kiah sedang menunggu di depan pintu dapur mereka.

"Mak, nah ubat gigi ni," Kata anaknya kepada emaknya, Mak Kiah.
"em,be.... mu ni, tah thu ka beli colgate?tu la orang suruh gi kedei selalu tak moh, tak besa gi, buat-buat thu, Aku suruh beli yang satu lagi" Merepek mak Kiah pada anaknya.

Sebenarnya dalam dialog di atas, memceritakan tentang anaknya yang baru balik dari bercuti.Anaknya merupakan pelajar tahun kedua, penuntut Universiti Malaya. Anaknya Aishah, atau nama kampungnya Cah, tahu ape yang nak di belikan .Dia rupa-rupanya salah faham ape yang di maksudkan oleh emaknya.D sini berlaku percanggahan pemahaman.Menurut kajian dari pusat kajiselidik, Syarikat Esok Jaya Enterprise (SEJ), perkara ini berlaku disebabkan, punca dari pemahaman dasar lama yang telah digunapakai semasa pemerintahan british lagi.Nama Colgate amat glomor semasa itu.Disebabkan itu semua ubat gigi yang terdapat di pasaran, orang kampung aku akan memanggil colgate. So jadi bertapa bagusnya syarikat yang mengeluarkan ubat gig jenama Colgate. Syabas!!!!

                                              ( Ubat gigi Pilihan Anda)
Apa yang aku ceritakan pada korang semua adalah satu cerita benar-benar belaka untuk mengisi kepala korang yang akan jadi bengong pabila melalui situasi sebegitu pabila datang ke kampung aku, tak p[un kampung orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)

Mamat bangla punya penangan.....