Dulu...

Dulu aku masa aku belum dilahirkan, akak aku kata ayah aku garang. Buat silap mesti kena libas dengan batang paip.Dah besar pun nak isap susu mak.Apa lagi, masa tu jugak ayah aku ambik getah dari pokok langsat.Aku pun penah cube rasa macam mana rasa getah tu, pahit sangat.

11 November 1984, aku dilahirkan ke bumi.Waktu kecil aku tak tahu apa-apa. Mak aku kata aku kuat menangis.Bila dah besar sikit ingatkan dah hilang perangai menangis, rupa-rupanya aku tetap menangis. Tapi aku tak penah kena pukul dengan ayah aku.Antara ayah dan mak, mak lah paling garang.Mak kata, bila aku demam, aku mesti demam teruk.Selalu bila demam,aku tidur, aku kan tunjuk ke atas alang bumbung rumah.Mak kata aku nampak hantu. Aku ingat lagi, hantu tu, hantu gulung.Takut sangat waktu tu...

Aku sedih sangat bila tengok gambar kat atas tu.Sebabnya, semua kawan-kawan seusia aku waktu tu dah masuk belajar tadika,pra-sekolah.Mak dan ayah aku bekerja sebagai penoreh.Mereka tak cukup duit nak hantar aku belajar tadika ataupun pra-sekolah. Di usia 6tahun, aku hanya tahu berlari kesana dan ke sini.aku ingat lagi kata-kata kawan aku bila dieorang balik dari sekolah.

" Wei, syok gila noh belajaq hari ni.. dapat banyak buku" Kata Ayen.Aku tahu, kata-kata tu hanyalah nak menyakitkan hati aku. Aku terus berlari balik rumah.Aku tak tahan sangat sedih.Bila balik rumah, tak ada sape-sape.Akak, dan abang aku ke sekolah, kelas agama sebelah petang. Mak dan ayah aku masih di kebun, mencari sesuap nasi.Aku masih ingat, ayah aku waktu itu, menunggang motorsikal honda bulat.No. plate dia aku masih ingat lagi. KB 8201. Tapi ayah aku dah jual semasa hari perkahwinan abang aku.Tu je la kenangan aku.
                                                 ( Gambar sekadar ilutrasi aku sebagai contoh)

Dulu..bila umur aku dah masuk 7tahun, aku dah dapat masuk belajar.best sangat aku rasa bila dapat masuk sekolah.Aku ingat lagi, masa mula-mula masuk kelas, aku bawa beg kain.Aku tengok sekelilingku, semua kawan-kawan bawa beg baru.Aku malu, aku terus ambil keputusan untuk duduk di meja belakang sekali.Bila sesi pengenalan diri.aku tengok semua kawan-kawan jawab bila cikgu tanya perkerjaan bapa.

"Bapa saya bekerja sebagai cikgu. " Kata salah seorang pelajar di dalam kelas aku.

Bila sampai giliran aku bercakap, semua orang pandang semacam aje kearah muka aku.Aku rasa malu, aku terus diam.Bila cikgu tanya nama aku, aku hanya bagi nama pendek aku aje.Pekerjaan bapa aku pun tak tahu nak ckap ape.yang aku tahu cakap waktu itu :


"Ayah saya keja motong getah cikgu" kata aku padacikgu yang mengajar aku masa tu.Waktu tu ada seorang budak lelaki ketawakan aku.Dia ketawakan aku sebab aku cakap "motong getah". Dulu mana aku tahu ape nama sebenar orang panggil dalam kat am.Tapi sekarang aku dah tahu, pekerjaan motong getah adalah penoreh getah.

Waktu usiaku meningkat 10tahun, aku teringat satu kenangan yang aku tak dapat lupa.Suatu hari, aku tak sekolah sebab sakit gigi.Aku masuk ke bilik mak aku, aku cari kain pelikat, semasa menarik kain dalam almari, aku ternampak satu surat yang telipat cantik di bawah lipatan kain.Aku pun membuka surat tu. lalu aku pun membaca sebahagian isi surat tu.Aku baru tahu, surat tu menyatakan perjanjian pinjaman duit.Aku sedih sangat waktu tu, ayah terpaksa meminjam dari orang sehinggakan terpaksa membuat surat perjanjian pinjaman<mujur waktu usia aku 10 tahun aku dah lancar membaca walaupun dulu aku tak masuk tadika dan pra sekolah. Terima kasih ayah dan mak aku.

Sekaran usia ku dah menjangkau dewasa, malah sudah ada kawan-kawam aku yang beranak pinak.Aku hanya tunggu dan mengecapi ape yang aku ada sekarang.Aku cuba hargainya.Aku sedih, dan berharap akak aku agar dapat keje tetap.Aku harap tiada tekanan dari mana-mana pihak yang memberi tekanan padanya.
Aku juga gembira sebab ada kawan-kawan disisi yang banyak menggembirakan aku. Malah sudah ada yang sudi singgah di hati kecik budak kampung ni, yang mencari sedkit rezeki di bumi allah yang besar ni, walupun banyak halangan dan cabaran hidup.

Aku rasa selesa, terima kasih pada semua dah aku bersyukur di lahirkan dimuka bumi ini... amin...

Comments

nasikputeh said…
banyak kenangan kan waktu kecik..
aku pun lebih kurang mcm kamu jugak..
bukan dibesarkan dlm keluarga mewah..
tapi tulah yang buatkan kita membesar jadi 'manusia'..

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Mamat bangla punya penangan.....

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)