Bila habis waktu kerja

Bila habis je OT hari ni, aku rasa aku perlu buat plan sesuatu.Dalam kepala aku pk...
" Emmmmmmm... Nak gi mana ye hari ni???" 
Tiba-tiba, kepala aku teringat satu tempat.Tak pernah gi.. aku teringin nak gi.Apa kata aku rojer budak-budak tempat keje aku. Mana tau dieorang nak gi.Aku pun ape lagi. shoot msg kat Kir, Bib, Shah, Ina.
- Msg pertama sampai dari Kir : em, ayat die macam tak jadi ikut je.. suruh kami jalan dulu, nati die  follow.Dah tahu dah ayat die.Dari dulu sampai sekarang tak ade pun follow kami lagi.. kalau dia follow, bila kami round area umah die.
- Msg kedua sampai dari Bib : "Pukul berapa nak pergi? Gi mandi kat mana?" ayat dia memang benor-benor nak ikut.Lastly aku dapat tau dari ina, die tak dapat ikut sebab nak kena temankan emak die plak minggu ni.mak die membebel aje, tinggal emak die kat umah.Baguslah Bib, utamakan emak atau family dulu, mybe die bosan, lagi pun ko aje harapan nusa bangsa die.Nati ko kawen, macam na? :-)
- Msg Ketiga dari Abang Long : Wei, aku tak jadi follow sebab ada machine nak kena jalan.

So, tinggallah kami berempat, Aku,Shah, Farhan dan seorang penyeri kami si Ina.Semua persiapan dah bawa, semangat ni nak gi mandi. heheh.. sebenarnya aku tak pernah gi Ulu Yam. Tu yang nak gi sangat. menyusurlah kami bersama bini pertama kami, Wira dan Myvi :



     " Isteri pertama kami dalam dunia bujang -membujang"

Dalam perjalanan ke destinasi yang kami nak tuju, tiba-tiba hujan plak.Aduhai.. masalah aku ni.Air cond kete rosak.Terpaksala kami singgat di sebuah kedai makan.Aku lapar la jugak, nampak macam best je ade mee rebus.Ape lagi aku order ar. 
"Kak, mee rebus 1, nescafe ais 1" kata aku pada kak yang jaga kedai tu, kawan-kawan lain order lain.
Dalam 15minit, sampailah mee rebus yang aku idam-idamkan.Raa rindu plak nak balik kampung.Akkak aku kat kampung suke buat mee rebus.Ee.....tak sabar aku nak merasa mee nie.Time tu plak si shah tak makan so aku offer la bahagi dua pinggan.Aku pun minta le pinggan lagi 1. Masing-masing rasa.Tiba-tiba masing-masing diam, dan tersenyum... hehe....

 " Apa bro rasa?" tanya aku pada Shah.
" Biasa bro" Shah pun menjawab dengan nada tiru ayat dari filem Adnan sempit.
"Pasai pa bro, aku rasa sama ka dengan hang rasa" Ulang soalan aku pada Shah.
" Masinla Bro"Shah Jawab. 

Aku dah agak dah, mesti die rasa macam na aku rasa.em, terbatal hajat aku nak habiskan mee idaman hati.Terliur aku tengok Farhan makan nasi yang dibungkus dari kantin kilang.Ape buleh buat.

     " Ni lah mee rebus yang bikin tak serupa bikin"

Kalau korang ke Ulu Yam, pasti akan menjumpai kedai ini. Semasa aku nak bayar pulak, aku cakap la, makan mee rebus ngn nescafe ais. Bengang aku time tu, berulang-ulang kali aku cakap minum nescafe, die dok kata kopi ais."Tak Faham bahasa ke tauke kedai ni! aku yang mintak aku tau la".
Aku bukan nak condem kedai tu, but aku cuma nak ingatkan. jaga la hati pelanggan.Aku ckap elok-elok, tapi menafikan, ini yang buat orang geram.
Kami meneruskan perjalanan, aku agak gayat apabila melalui jalan-jalan yang agak bengkang-bengkok.Tempat pertama aku nampak, adalah empangan.Ni yang buat aku rindu sangat nak balik kampung.Kami pun singgah bila hujan dah reda.Post pertama dapat aku syer ngan korang, tengok gambar kat bawah ni.Model model yang aku bawa semua power.



  
 Model yang tak terpilih dalam mana-mana media cetak Beliau seorang yang berdidikasi dan amat kurang malu bila berdepan dengan lensa kamera.Korang boleh tengok semua gambar-gambar yang aku post sebelum ni.Ada saja gaya yang beliau ketengahkan.Beliau merupakan pelukis kartun dalam newspaper tempat aku berkerja.Post diatas, memaparkan watak seorang bujang yang telah terlajak jalan...Macam-macam jalan, jalan cinta, jalan pergi mancing.di sini jugak, aku gambarkan beliau sedang menggambarkan perasaan kecewa sebab Bib tak dapat ikut, kerna dia ingin memikat hati Bib untuk mendapatkan adik Bib... hahah...



Model kedua aku, merupakan model yang tunggal untuk sesi fotografi ni. Beliau merupakan gadis idaman "myamsa" atau lebih dikenali "Myammar + Malaysia".Seorang yang pandai membawa lagu bila pergi "karok".
Bisa bikin lagu yang besar jadi slow.Baru aje menamatkan zaman bercouple kerna ada yang tak kena pada ex -couplenya. Seorang yang happy. Pandai melakonkan gaya orang lain.Pandai bagi aku pening dengan kerja aku.... Tapi yang pentingm dieorang ni semuanya best-best belaka.

Note : Kepada rakan-rakan seperjuangan, kalau ada salah silap, harap di maafkan ye ':-)




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Malam Pertama

Berbisik pada langit

Hantu....!!!! Hantu !!! Hantu bogel...... (Perempuan)